Hari Pertama
Kolej yang saya tinggal dinamakan "The Highlanders" memang tinggi. Bersama dengan tiga bagasi yang besar, saya berjaya melepasi bukit yang serong seorang diri tanpa bantuan mana-mana senior yang bertugas di sana. Memang memenatkan. Pada masa itu, baru saya faham bahawa sudah sampai masanya bagi berdikari. Membuat keputusan sendiri, bertindak sendiri, dan bertanggungjawab terhadap segala perbuatan sendiri. Kehidupan di UKM memang jauh berbeza dengan di rumah yang dikatakan sebagai "kehidupan raja". Tiba-tiba suara mak berbunyi di telinga saya. "Bergantung dengan diri sendiri adalah yang paling terjamin!" Ya, saya bersetuju dengan katanya.
Selepas Satu Minggu
Saya masih cuma kenal dengan roommates saya seorang sahaja. Walaupun semasa minggu mesra pelajar ada bergaul dengan banyak kawan, tetapi nama mereka masih tidak dapat saya ingatkan. Agaknya mungkin disebabkan oleh tidak cukup masa tidur spanjang minggu mesra pelajar. Tambahan pula, saya juga bukan seorang yang aktif, seorang yang akan mengambil inisiatif untuk berkenal dengan orang lain. Sebab saya tindak pandai bercakap. Oleh itu, apabila hendak mula belajar, saya berasa sangat risau. Ini adalah disebabkan tidak ada satu orang yang saya kenal mendapat sama kursus dengan saya. Sehingga saya berkenal dengan coursemate saya yang pertama, iaitu Kevin. Walaupun kita baru berkenal, tetapi terasa dia merupakan kawan yang agak baik. Sejak itu, baru saya mula menyesuai sendiri dengan kehidupan Uni.
Cerita yang menarik.
ReplyDeleteWOW~
ReplyDelete