Monday, 5 December 2011
Selepas 2 minggu
Saya sudah biasa dengan kehidupan di sini. Kawan yang saya kenali juga semakin banyak. Ini memang merupakan fenomena yang bagus. Terdengar banyak rungutan daripada kawan yang berbising hendak balik rumah. Situasi ini dinamakan 'homesick'. Saya tidak menghadapi masalah ini kerana masih sering bersembang dengan mak melalui telefon dan MSN. Ini yang dikatakan kebaikan teknologi komunikasi :-). Sekarang baru benar-benar memahami perbezaan kehidupan universiti dengan yang lain. Universiti merupakan tempat di mana setiap hari mungkin mempunyai kejutan dan platform di mana kamu akan mempelajari banyak benda yang baru. Walaupun sangat, namun saya memang suka dengan kehidupan sekarang. Kehidupan menanti kejutan, hehe...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment